MYX:HIBISCS   HIBISCUS PETROLEUM BHD
Saham syarikat Hibiscus Petroleum dilihat bergerak menaik sejak beberapa bulan dagangan yang lalu seiring kenaikan harga minyak dunia

Walaubagaimanapun, jika dilihat pada selang masa mingguan, pergerakan harga dilihat membentuk corak carta baji
Kehadiran corak carta baji menaik ini kebiasaannya menandakan kelemahan dalam pergerakan harga
Petunjuk RSI mingguan juga dilihat membentuk 'divergence' yang tidak selari ketika harga membuat kenaikan
Volum juga dilihat berkurang tatkala harga membuat kenaikan, tidak selari dengan pergerakan harga
Meskipun begitu, harga dilihat masih lagi mematuhi corak carta dan belum menunjukkan hala tuju sebenarnya
Selagimana harga belum memecahkan corak carta dengan volum yang tinggi, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan

Mampukah harga bertahan dan membatalkan corak carta? Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Haftungsausschluss

Die Informationen und Veröffentlichungen sind nicht als Finanz-, Anlage-, Handels- oder andere Arten von Ratschlägen oder Empfehlungen gedacht, die von TradingView bereitgestellt oder gebilligt werden, und stellen diese nicht dar. Lesen Sie mehr in den Nutzungsbedingungen.