Idea analisis: ~Teknikal~ - Setelah berada dalam fasa sideways yang lama, TOCEAN breakout dan membuat kenaikan parabolic. - Sepanjang kenaikan, muncul signal 'hidden bullish divergence' menandakan momentum penjualan yg kuat sepatutnya tidak mampu menjatuhkan harga kerana minat pembelian yang masih lebih kuat. - Walaubagaimanapun, signal ini tidak dapat mempengaruhi harga dan TOCEAN kemudiannya meneruskan penurunan. Bullish engulfing yang muncul juga tidak mampu menaikkan harga. - Terkini, harga dilihat ingin membuat rebound sekali lagi. Kali ini, rebound yang dibuat adalah di atas 2 garisan penting: 1) MA 50. 2) Fibo 0.382. - Rebound di atas 2 garisan ini juga disokong oleh 2 signal: 1) Bullish engulfing 2) Stochastic RSI cross up di paras oversold menandakan harga sedang rebound di atas support terbaru. - Walaubagaimanapun, rebound ini mempunyai 2 persamaan dengan fake rebound sebelum ini: 1) Bullish engulfing 2) Volume signifikan - History repeats itself? Adakah akan berulang semula sejarah fake rebound ini? - Jika harga mampu bertahan di atas MA 50 dan fibo 0.382, harga berpotensi meneruskan kenaikan sehingga ke paras fibo 1 iaitu RM 7.140 yang merupakan resistance terbaru TOCEAN.
~Fundamental~ - TOCEAN lebih banyak membuat kerugian berbanding keuntungan. Dalam 10 quarters terkini, hanya 3 quarters yang mencatatkan keuntungan walaupun keuntungan meningkat YoY 52.75%. - iSaham mengkategorikan syarikat ini sebagai 'negative earnings' dan anda tidak disarankan untuk membeli saham ini jika anda belum mahir menggunakan cutloss. - Perolehan TOCEAN juga dilihat menurun secara overall. Perolehan TOCEAN QoQ meningkat sebanyak 7.9% tetapi menyusut YoY sebanyak -4.68%.
Nota kaki: * Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low). * Bullish Engulfing = 'Body' candle hijau menelan 'body' candle merah sebelumnya. * Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya. * Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways. * Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER: Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.
Die Informationen und Veröffentlichungen sind nicht als Finanz-, Anlage-, Handels- oder andere Arten von Ratschlägen oder Empfehlungen gedacht, die von TradingView bereitgestellt oder gebilligt werden, und stellen diese nicht dar. Lesen Sie mehr in den Nutzungsbedingungen.