MESTRON (Sentiasa Mencipta Rekod Terbaru)

Sektor:
- 5G, Metals, Industrial Products & Services.

Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, keuntungan MESTRON YoY meningkat sebanyak 240.49% manakala hasil (revenue) pula menurun sebanyak -17.89%. MESTRON juga konsisten memberikan pelaburnya dividen dua tahun berturut² untuk tahun 2020 dan 2021 tetapi dividen yang diberikan pada tahun 2021 adalah lebih rendah berbanding dividen tahun 2020.
- Dari sudut Teknikal, MESTRON berada di atas MA 200 menandakan MESTRON masih dalam keadaan uptrend untuk long term.
- Sepanjang uptrend ini, MESTRON pada mulanya menunjukkan signal strong bullish divergence sebelum harga menaik.
- Kemudian, muncul signal strong bearish divergence sebelum harga gap down.
- Tidak lama selepas itu, harga mula menaik ke atas MA 20 dengan gap up.
- Muncul sekali lagi signal strong bullish divergence tetapi harga tenang diposisi.
- MESTRON meneruskan kenaikan dan sentiasa mencipta ATH yang baru dengan menjadikan mid BB sebagai dinamic support.

Nota kaki:
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik tetapi stochastic RSI menurun.
* Strong Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menurun tetapi stochastic RSI menaik.
* Mid BB = Middle Bollinger Band yang juga merupakan MA 20 merupakan garis tengah bagi bollinger bands.
* Upper BB = Upper Bollinger Band merupakan garisan atas bagi bollinger bands. Garisan ini boleh dijadikan harga untuk take profit (TP).
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang dicapai.
* Gap up = Harga dibuka tinggi berbanding harga ditutup hari sebelumya.
* Gap down = Harga dibuka rendah berbanding harga ditutup hari sebelumya.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
ATHbearishdivergenceBullish DivergenceFundamental Analysisgapdowngapupmac21MESTRONMoving AveragesOscillatorsswing

Auch am:

Verbundene Veröffentlichungen

Haftungsausschluss