ABLEGRP Perjalanan Masih Jauh

ABLEGRP pada bulan May 2020 yang lalu telahpun memecahkan garisan menurun 11 tahun (11yrs DTL) dan kemudian membuat pattern kotak pengumpulan. Baru-baru ini telah memecahkan kotak dan meneruskan pendakian menaik. Indicator Ichimoku Cloud juga menunjukkan ABLEGRP mempunyai momentum yang kuat untuk terus mendaki. Aras support adalah di 0.125 dimana aras ini adalah aras 52 minggu tertinggi (52weeks high) sebelum dipecahkan pada 27 Ogos 2020 yang lalu untuk membentuk aras baru 52 weeks high di 0.150. Aras target adalah di 0.200 dan jika berjaya dipecahkan, aras target peraman panjang adalah di 0.530. Syarikat ABLEGROUP BERHAD ini merupakan pembekal dan pengedar produk marble dan granite slab. Pasaran utama di Malaysia dan China, serta turut mengedarkan ke Jepun, Korea dan Singapore. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
Chart PatternsTechnical IndicatorsTrend AnalysisTrend Line Break

Auch am:

Haftungsausschluss