MYX:PLANTATION   Bursa Malaysia Plantations Index
Selepas gagal meneruskan kenaikan bagi memecah 7500 mata pada Jan 2021, Indek Peladangan terus membuat penurunan. Berehat sebentar pada bulan Febuari dan kemudian terus membuat penurunan. Awal Mei, Indek ini cuba membuat kenaikan kembali, tapi gagal memecah tahap 7232 mata. Kemudian dia meneruskan penurunan sehingga tahap EMA 200 bocor.

Dalam masa yang sama FCPO meningkat sedangkan Indek Peladangan tidak mengikut peningkatan harga FCPO. Ini boleh digambarkan yang pemintaan FCPO tinggi namum syarikat peladangan kelapa sawit tidak dapat memenuhi permintaan tersebut. Ini kemungkinan besar pengeluaran Kelapa sawit terjejas.

Selepas membuat tahap sokongan 5963, Indek Peladangan membuat pantulan dan melanggar trend line. Di sokong dengan indicator Heiken Ashi, dan Parabolic SAR, Indek ini dijangkakan akan membuat kenaikan kembali. Pada Jumaat yang lepas, Indek ini telah melintasi EMA20 menuju tahap rintangan 6275 mata. Dijangkakan tahap rintangan ini dapat di pecahi dan meneruskan kenaikan pada minggu hadapan.

Saham yang aktif pada hari jumaat adalah HARNLEN, IOICORP, SHCHAN, CEPAT dan TSH.


Sekian.

Disclaimer: Apa yang di tulis bukanlah cadangan untuk beli atau jual. Ianya hanyalah pandangan peribadi sebagai pembelajaran.
Haftungsausschluss

Die Informationen und Veröffentlichungen sind nicht als Finanz-, Anlage-, Handels- oder andere Arten von Ratschlägen oder Empfehlungen gedacht, die von TradingView bereitgestellt oder gebilligt werden, und stellen diese nicht dar. Lesen Sie mehr in den Nutzungsbedingungen.