Abang_Doji

Jcy - Penilaian Semula

MYX:JCY   JCY INTERNATIONAL BERHAD
Analisis Jcy

Admin menilai semula cara kenaikan Jcy dan mengambil keputusan untuk menukar kiraan gelombang setakat ini.

Jcy kelihatan telah menemukan paras sokongan tepat di paras 1.618% Fibonacci (kotak hijau). Ini adalah paras Fibonacci Ratio Emas yang sangat sinonim untuk gelombang ketiga (atau C).

Kenaikan Jcy dari paras itu kelihatan impulsif dan berserta volume, yang merupakan kenaikan sihat. Namun retracement yang datang selepas kenaikan itu agak drastik.

Jcy kini dipersimpangan.

Sekiranya Jcy memecahkan paras 0.480, maka kenaikan Jcy baru baru ini adalah gelombang keempat, dan Jcy masih mempunyai ruang untuk turun bagi melengkapi Gelombang 5.

Namun sekiranya Jcy berjaya memecahkan ketinggian baru di paras RM0.590, maka admin cenderung meletakkan Jcy telah menemui dasarnya di paras RM0.48 dan Jcy akan rally membuat ketinggian yang baru.

Buat yang belum masuk, cadangan harga masuk adalah bila Jcy berjaya memecahkan paras RM0.590.

No Breakout, No Entry.


Abang Doji.
Haftungsausschluss

Die Informationen und Veröffentlichungen sind nicht als Finanz-, Anlage-, Handels- oder andere Arten von Ratschlägen oder Empfehlungen gedacht, die von TradingView bereitgestellt oder gebilligt werden, und stellen diese nicht dar. Lesen Sie mehr in den Nutzungsbedingungen.