ahzaadhwa

HUAAN: Tutup di mana hari ini? (14 Mac)

Long
MYX:TECHNAX   TECHNA-X BERHAD
4 petang / 14 Mac 19

Jika HUAAN tidak mampu tutup di atas 255, para pedagang perlu melihatnya sebagai berisiko, kerana HUAAN gagal memecahkan MA 200 dengan sempurna. Kaunter-kaunter yang gagal memecahkan rintangan MA 200 akan mengalami retracement yang agak besar. Tetapi, jika HUAAN mampu tutup di 260/265, para pedagang perlu melihatnya sebagai 'positif' kerana MA 200 dapat dipecahkan dengan volume yang banyak, melebihi dua kali ganda purata volume 20 hari. Jika tutup di 270 (dan ke atas) pula, HUAAN dianggap sebagai 'tersangat positif'.

Mengikut Fibo yang saya unjurkan, rintangan seterusnya untuk HUAAN, jika mampu memecahkan MA 200 hari ini adalah 275. Jika mampu berdagang dengan stabil di atas 275, HUAAN mampu capai ke 295. Rintangan seterusnya adalah 325 & 340.

Panjang jika HUAAN mampu menutup di atas 255 hari ini.

Haftungsausschluss

Die Informationen und Veröffentlichungen sind nicht als Finanz-, Anlage-, Handels- oder andere Arten von Ratschlägen oder Empfehlungen gedacht, die von TradingView bereitgestellt oder gebilligt werden, und stellen diese nicht dar. Lesen Sie mehr in den Nutzungsbedingungen.