14/6/2022 PENGURANGAN WANG DI PASARAN MEMPENGARUHI EMAS

Jangkaan kenaikan kadar dari Feds pada FOMC nanti memberi kesan jelas kepada emas. Emas yang diniagakan dalam julat sebelum ini mengalami kejatuhan setelah laporan inflasi AS dikeluarkan pada minggu lepas.

Setelah XAU/USD bergerak dalam julat sebelum ini, arah terkini telah pun ditunjukkan dalam carta. Julat yang telah ditembusi ditambah lagi sokongan S1 yang juga ditembusi pada hari ini sudah memberi gambaran jelas pergerakan emas yang akan ke bawah. Sokongan S2 pada harga $1795.00 akan diuji sekiranya harga berterusan jatuh.
emashariiniTrend AnalysisXAUUSD

Auch am:

Haftungsausschluss