Awanbiru Technology Berhad, (dahulunya dikenali sebagai Prestariang Berhad), ialah sebuah syarikat pemegangan pelaburan yang berpangkalan di Malaysia. Awantec ialah penyedia perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang memfokuskan pada latihan dan pensijilan ICT, serta pengedaran dan pengurusan lesen perisian. Latihan dan pensijilan ICT merujuk kepada latihan dan pensijilan teknikal berasaskan industri yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang merangkumi latihan berasaskan bilik darjah, latihan praktikal secara langsung dan penyediaan peperiksaan pensijilan pada akhir kursus. Syarikat kini menawarkan hampir 40 kursus pensijilan daripada pelbagai vendor teknologi dan perisian termasuk Microsoft, IBM, Adobe dan lain-lain.
Sektor: Perdagangan & Perkhidmatan, Teknologi, GLC, F4GBM, Syariah F4GBM, Perkhidmatan Digital, Kerja dari Rumah (WFH), Penyedia Awan
Kod: 5204
Pandangan Teknikal/Fundamental :
1. Sudah tidak jauh untuk BO 52w high 2. Terdapat swap zon/ resistance kuat pada area tersebut 3. boleh monitor rapat dan masukkan dalam watchlist 4. Quater Report Semasa : QoQ -ve / YoYn -ve
Die Informationen und Veröffentlichungen sind nicht als Finanz-, Anlage-, Handels- oder andere Arten von Ratschlägen oder Empfehlungen gedacht, die von TradingView bereitgestellt oder gebilligt werden, und stellen diese nicht dar. Lesen Sie mehr in den Nutzungsbedingungen.