ReutersReuters

AI-Media dan Speechmatics Mengumumkan Perkongsian Strategik untuk Mengembangkan Teknologi Perkhidmatan Kapsyen dan Bahasa

BROOKLYN, N.Y., Sept. 13, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — AI-Media - peneraju global dalam teknologi pengekodan audiovisual dan penyelesaian transkripsi dan penterjemahan dipacu AI, serta Speechmatics - peneraju pasaran dalam teknologi pengecaman pertuturan, pada hari ini mengumumkan pengembangan strategik perkongsian berbilang tahun mereka untuk memberikan produk dipacu AI yang baharu dan lebih baik ke pasaran.

Perkongsian ini menggabungkan teknologi pertuturan kepada teks Speechmatics terkemuka dan peralatan pengekodan berasaskan iCap unik serta rangkaian selamat AI-Media yang menyematkan teknologi dalam aliran kerja sedia ada pelanggan dan sistem automasi dengan lancar.

Dengan menyepadukan kebolehan ini, LEXI 3.0 AI-Media menjadi produk AI pertama yang mendahului kualiti alternatif diselia manusia dalam pasaran video langsung – pada kos yang jauh lebih murah.

Tony Abrahams, Ketua Pegawai Eksekutif AI-Media, berkongsi pendapatnya tentang perkongsian tersebut:

"Data kami yang diambil daripada prestasi LEXI 3.0 telah menunjukkan Speechmatics sebagai salah satu enjin yang dipercayai kami sepanjang dua tahun lepas dengan memberikan hasil tepat secara konsisten yang terus bertambah baik. Perkongsian ini merapatkan lagi kedua-dua syarikat kami pada masa kami membangunkan bersama-sama dan menghasilkan idea penyelesaian inovatif untuk masa depan kapsyen dan penterjemahan.

Bersama-sama, kami akan mencipta penyelesaian yang tepat, boleh dipercayai dan mampu disesuaikan untuk keperluan pelbagai pelanggan global kami.

Kolaborasi ini mengukuhkan perkongsian yang telah memerhatikan ekosistem pengekodan iCap AI-Media yang muncul sebagai pilihan utama pelanggan penyiar dan kerajaan di seluruh dunia yang ingin mendapatkan prestasi terbaik daripada teknologi AI yang mengubah keadaan ini daripada Speechmatics."

Dengan memanfaatkan enjin pengecaman lanjutan Speechmatics dan teknologi hebat aliran kerja dan pengekodan AI-Media, perkongsian ini menangani keperluan berlainan dan kompleks pelbagai industri, daripada penyiaran kepada sektor kerajaan dan perusahaan.

Perkongsian ini meluaskan capaian Speechmatics dengan menyepadukan teknologi terasnya ke dalam produk LEXI 3.0 AI-Media.

Meluaskan kejayaan LEXI 3.0 ke dalam pasaran penyiaran Eropah ialah objektif jangka dekat - kebolehan muncul berbilang bahasa Speechmatics adalah sejajar secara sempurna dengan pelan pertumbuhan AI-Media.

Visi untuk Masa Depan

Perkongsian baharu ini mengangkat AI-Media untuk menjadi rakan kongsi pasaran kapsyen langsung terbesar Speechmatic yang menandakan pencapaian penting dalam kolaborasi mereka.

"Speechmatics telah menjadi penyedia Pengecaman Pertuturan Automatik (ASR) terkemuka dalam penyiaran disebabkan oleh ketepatan tinggi dan kependaman rendah kami merentas berbilang bahasa, secara langsung dan di luar talian. AI-Media telah berjaya menyepadukan teknologi kami ke dalam infrastruktur penyiaran terkemuka pasaran mereka untuk mencapai pertumbuhan mengagumkan dalam pasaran pilihan mereka dan perkongsian ini membawakan kolaborasi yang lebih teguh bagi membolehkan inovasi dan kepintaran yang lebih pantas. Hasilnya, penyiar global akan terus mendapatkan perkhidmatan kapsyen terbaik di pasaran dan gabungan kekuatan kami dalam kapsyen yang dipacu AI akan digunakan dalam pelbagai tumpuan yang lebih meluas," kata Katy Wigdahl, Ketua Pegawai Eksekutif Speechmatics.

Bersama-sama, AI-Media dan Speechmatics komited untuk menyepadukan teknologi yang terbaik bagi menetapkan standard industri baharu. Kolaborasi ini bukan hanya penyepaduan teknikal, tetapi perkongsian visi dan inovasi yang menyasarkan untuk terus berkembang dan disesuaikan dengan permintaan dinamik pasaran perkhidmatan bahasa global.

Lawati AI-Media di IBC 2024

Alami inovasi terkini AI-Media di IBC 2024 dan temui sebab penyiar dan organisasi di seluruh dunia mempercayai AI-Media dan LEXI untuk mengubah aliran kerja kapsyen mereka. Untuk menempah mesyuarat 1:1 klik DI SINI. Untuk maklumat lanjut, lawati ai-media.tv.

Perihal AI-Media

Ditubuhkan di Australia pada tahun 2003, AI-Media ialah syarikat teknologi perintis yang khusus dalam bahasa AI dan penyelesaian aliran kerja kapsyen.  

Sebagai peneraju global, AI-Media menyediakan teknologi serta penyelesaian kapsyen dan terjemahan yang dikuasakan AI berkualiti tinggi secara langsung dan dirakam kepada pelbagai pelanggan dan pasaran di seluruh dunia.  

Buat pertama kali pada bulan Februari 2024, AI-Media melancarkan data perintis yang mempamerkan keunggulan produk kapsyen AInya, LEXI, berbanding aliran kerja manusia tradisional yang lebih mahal dalam pasaran video langsung.  

Dengan pengalaman industri yang mendalam dan teknologi AI yang canggih untuk mencipta penyelesaian yang memperkemas dan memudahkan proses, AI-Media memperkasakan penyiar terkemuka, perusahaan dan agensi kerajaan di seluruh dunia untuk memastikan kebolehcapaian yang lancar dan keterangkuman kandungan mereka.  

AI-Media AAIM memulakan dagangan di ASX pada 15 September 2020.   

Lawati Speechmatics di IBC 2024

Sertai Speechmatics di IBC 2024 dan terokai kemajuan terkini dalam teknologi Pengecaman Pertuturan Automatik (ASR). Temui sebab penyiar terkemuka dan organisasi seperti AI Media mempercayai Speechmatics untuk penyelesaian ASR masa nyata, tepat dan boleh skala. Untuk menjadualkan perjumpaan 1:1, klik DI SINI. Untuk maklumat lanjut, lawati speechmatics.com

Perihal Speechmatics

Speechmatics ialah peneraju global dalam teknologi Pengecaman Pertuturan Automatik (ASR) yang dipercayai oleh jenama terbesar dalam industri media dan penyiaran. Penyelesaian ASR canggih kami memberikan kependaman terendah dan ketepatan tertinggi dalam pasaran yang menyediakan perkhidmatan transkripsi masa nyata paling pantas dan dipercayai kepada penyiar.

Meneraju Inovasi dalam ASR: Kami mendorong batasan teknologi ASR secara berterusan untuk memastikan pelanggan kami kekal mendahului. Penyelesaian kami bukan sahaja menangkap perkataan yang dituturkan, malah juga mengecam peristiwa audio seperti gelak tawa, tepuk tangan dan muzik, yang jauh membezakan kami daripada pesaing.

Kami teruja untuk memperkenalkan Ursa 2, mod penemuan ulung terkini kami yang menawarkan 18% pengurangan kesilapan merentas 50 bahasa termasuk sokongan dipertingkatkan bagi dialek Arab, bahasa Ireland dan bahasa Malta—membawa liputan bahasa kami kepada kesemua 24 bahasa rasmi EU. Dengan kependaman dikurangkan kepada bawah 1 saat, Ursa 2 meningkatkan transkripsi masa nyata pada kelajuan sepantas kilat tanpa menjejaskan ketepatan.

Bagi penyiar dan organisasi yang menyasarkan ketepatan dan kelajuan dalam aliran kerja kapsyen mereka, Speechmatics ialah pilihan yang terbaik.

Hubungan Media: Fiona Habben – Fiona.habben@ai-media.tv

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/5929ce95-d0a8-4632-a788-8e90065db860

Loggen Sie sich ein oder erstellen Sie ein fortwährend kostenloses Konto, um diese News lesen zu können

Weitere News von Reuters

Weitere Neuigkeiten